Khamis, 6 Mei 2010

DUGAAN YANG MENIMPA KITA HADAPILAH DENGAN SABAR..........

PENYAKIT DATANG TIBA2

Sebualan yang lalu Cik Zol mengadu kepada isterinya…katanya…makan tak lalu…rasa nak muntah je…tapi terasa nak minum sepanjang waktu……….badan mulai lemah……cepat letih….badan susut dengan drastic ….kalau sebelum ni berat badannya 69kg tapi selepas ini, berat badannya menjadi 59 kg saje…….setiap 1 jam terasa nak buang air kecil…………


Isteri Cik Zol memaksa nya untuk membuat rawatan di hospital berdekatan walau pada awalnye Cik Zol tidak mahu….


No giliran Cik Zol telah tiba…jumpa doctor, jumpa nurse……tersengeh saja Cik Zol memandang isterinya tanpa kata…..Nurse yang memeriksanya tadi menghampiri isteri Cik Zol…Kak….suami akak ada DIABETIS tinggi sangat sampai tak boleh baca kedua-dua alat ini…….Astaghfirullahal Azim……….isteri Cik Zol mengucap panjang….Tunggu ye kak lepas ni dia kene inject insulin boleh turun ke tidak kalau x boleh turun jugak…kita masukkan air..kalau tak turun jugak kita terpaksa tahan dia kat wad…………


Kak…..suami akak terpaksa masuk ke wad kecemasan……tersentap juga hati isterinya…………2 jam menunggu tak jugak keluar dari wad kecemasan….Dah petang ni…anak-anak kat sekolah Agama belum dijemput lagi…..Isteri Cik Zol lah yang terpaksa ambil anak-anak dari sekolah dengan meninggalkan Cik Zol terlantar ke seorangan…….Alamak….camne ni,….isteri Cik Zol tak bawa lessen memandu pulak……..Aduhai……alah belasah je laaa…………Alhamdulillah selamat………


Isteri Cik Zol balik ke rumah dan menyediakan makan malam untuk anak-anaknya…….Cik Zol seorang diri kat hospital…….Tepat pukul 7.30 malam Cik Zol call dia dah boleh balik….Cepat-cepat isterinya………………ke hospital menjemputnya………


Balik Dari hospital Cik Zol mengalami migraine pulak , Tesion agaknya, macam tak boleh menerima kenyataan yang dia kene diabetis……..2 malam isterinya tak dapat melelapkan mata…..malam ketiga isterinya bawa semula ke hospital………buat rawatan migraine….pun tak de berkurangan…Alhamdulillah….hari yang ke lima migrainnya dah ok sedikit………………..


Isterinya seorang guru di tempat tinggalnya…sebelum pergi sekolah isteri Cik Zol berpesan …jangan kemana-mana selagi belum sihat………..uitttt…….sayang jugak isteri Cik Zol ni kat suaminya……….heheheheh….tapi tu lah…sikap dan perangai Cik Zol….dia tak akan duduk diam di rumah….setidak-tidak dia ke kebun memetik buah sawit…………..



Seminggu lepas itu..Isteri Cik Zol membeli diabetis tester…..tujuannya untuk mengetahui aras gula di badan Cik Zol….supaya dapat mengawal pemakanannya…..Bukan Cik Zol je yang guna isterinya pun tumpang sekaki jugak…..Alhamdulillah….setakat ni diabetis Cik Zol dapat dikawal……Tanpa ubat hospital…….

Seminggu sekali…isteri Cik Zol merangkap NURSE PERIBADI…..dalam rumah tangga………..


SEMOGA RUMAH TANGGA CIK ZOL BAHAGIASELALU HINGGA KE AKHIR HAYAT…………..

2 ulasan:

  1. Ujian orang bercinta,dulu tak sempat bercinta kan?

    BalasPadam
  2. heheheh sejak bernikah sentisa bercinta tak pernah jemu..........

    BalasPadam