Rabu, 5 Mei 2010

Rumah Banglo Banglo Dan Sekangkang Tanah



Teringat waktu itu…………………..

Di pondok kecil inilah aku dilahirkan. Di rumah embah…..Rumah ini dah tak ada penghuninya…terbiar sepi…Cuma kadang kalanye aku masih ke sini untuk mengingat memori indah bersama embah…….Mbah Lanang aku namanye Abd. Kader b. Ismail dan Mbah Wedok aku namanye Mariam binti Ismam…..

Sungguh banyak kenangan aku bersama Mbah Lanang……Mbah Lanang aku seorang yang agak pendiam tapi suka senyum…dan senyumannya sehingga kini aku akan menangis bila teringat Mbah Lanang....Seingat aku Mbah Lanang dah tua dan selalu saje uzur….

Suatu hari..aku menolong mbah lanang menanam anak pokok durian yang dibelinya…aku bawakan parang dan cangkul…mbah pula bawa anak pokok durian dalam kereta sorong tuanya.Semuanya ada 3 pokok…Dalam perjalan ke destinasinya…aku sempat bertanya…..” Mbah nak tanam pokok durian, kan lama baru nak berbuah…..?”….Mbah menjawab “ Kenapa? Kamu risau mbah tak dapat rasa buahnya? “ Aku terpinga-pinga…macam mana mbah boleh tahu apa yang tersirat di dalam hati ku…”mbah kata “ Mbah tanam pokok ni bukan untuk mbah…tapi untuk anak-anak mbah dan cucunya”

Bila aku dah dewasa dan semakin tua ini…aku tersedar, apa saja rezeki yang kita cari dan perolehi..rumah, tanah dan sebagainya adalah untuk anak cucu kita yang akan kita tinggalkan pada suatu hari nanti, supaya mereka senang setidak-tidaknya tidak merempat di tempat sendiri, masih mempunyai tempat untuk berlindung…….Tetapi kita jangan lupa sentiasalah berdoa supaya zuriat kita tidak berebut harta setelah kita tiada….

Apa-apa pun rezeki yang kita cari ini hendaklah berpunca dari rezeki yang halal supaya darah yang mengalir di badan kita, anak cucu kita adalah suci dan rezeki yang halal akan menjadikan kita hidup dalam aman…sama ada semasa kita di dunia atau di akhirat…………

Kini, bila aku Nampak durian je kat mana-mana aku akan teringat mbah..aku terus sedekahkan Al Fatihah untuknya….semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah……….

AL FATIHAH……………

7 ulasan:

  1. ....aku selalu kena cubit mak, kerana selalu dolan ke sini tak ingat nak balik. Kena cubit bukan kerana dolan.....tap kerana lumban di kolam jernih tu....dan makan nasik kat rumah orang. Geng dengan Amin.....(musuh kami Nanang Mbok Kom dan Judi Pak Men)Kawan semua budak jantan....

    BalasPadam
  2. hehheeh kenangan lame yg kekadang mengundang senyuman..kekadang mengundang airmata...dulu kalau cuti sekolah aku mesti datang rumah mbah....x kira berbasikal berbelas batu pun aku sanggup....

    BalasPadam
  3. Masa puputan kamu dulu makbonda pecahkan setumpuk pinggan,konon nak tolong esah2 sekali tu terlepas,ingat Mbok yam cerita kat emak,bila dah tua tanya emak,emak tak tau cerita itu.Terimakasih Mbok Yam meyimpan aibku.

    BalasPadam
  4. Itulah kelebihan dia....

    BalasPadam
  5. masa puputan ku dulu...umur mak bonda baru 9 tahun heheheheh....

    BalasPadam
  6. Al-fatihah..
    tapi wes kelajak ki...
    umah arwah'e embah mimah nang buri.
    wes keliwat.

    BalasPadam
  7. Dialog seperti itu mulut celuparku pernah terlepas, masa belum akil baligh..

    aku : Bapak nandur opo kuwi?
    bapak: Sukun
    aku: Opo sempet?
    bapak : sempet opo?
    aku : .... (alamak opo aku ngomong ki)
    bapak : eneng satu teka teki, buah opo seng mati?
    aku: opo yo (bapak teroso opo opo rak yo)
    bapak : sukun la..
    aku: oooo

    BalasPadam