Selasa, 12 Jun 2012

Rabu, 30 November 2011

PAU LEMBUT DAN GEBU



Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...


Uli pakai tangan je le...sbb x de bread maker...berpeluh juga la....nasib baik ada bantuan kipas....


Siap sedia untuk dikukus.....



Taraaaaaaaa.............


Inti kaya:

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 ringgit santan pekat (500gm)
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.


kalau nak banyak doublekan aje sukatannya....


PASTA, SEPAGETI vs MEE GORENG MAMAK, NASI GORENG

Aku suka tapi Encik Asben tak suka hehe....kalau nak masak spageti tunggu anak2 semua berkumpul....Encik Asben nampk gaya kena buatkn menu lain .....



















Nak buat camne.....lidah melayu.....






Pizza Ria Al Italiano Collectzion.

Pizza Ria Al Italiano Collectzion. (Mat Gebu)

Turkey Ham with pineapple pizza....Bon Appetit.

BAHAN untuk DOH
1 kg tepung roti (bread flour)
2 sudu besar garam (sukatan rata)
2 sudu besar gula (sukatan rata)
2 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
2 peket ragi segara (2 packet instant yeast)
500ml susu lemak cair / air suam (suhu bilik)

BAHAN untuk SOS
10 ulas bawang putih dichinchang halus(chopped)
4 biji buah tomato di putong dadu
1 tin besar tomato puri - 2 tin serdehana
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar chili kisar (sesuka hati / optional)
1 sudu teh serbuk oregano
2 helai daud Bay leaves
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (Olive oil)
1 tin chendawan butang di hiris
2 sudu besar parmesan cheese
250gm daging chinchang kambing/lembu (sesuka hati/optional)

TOPPING
Isi ayam/ayam Turki ham/pepperoni) yang sudah dipotong2 di Supermarket
Chili capsicum di putong dadu / hiris memanjang
1 tin nanas bulat di hiris kecil2
Bawang besar dihiris bulat nipis2
Tomato di hiris bulat2
Mozarella, Cheddar dan Parmesan cheese
(Topping mengikut selera dan citarasa sebanyak mana)

Cara-cara membuat
1.DOH: Tepung di masukan dalam takungan serdehana, bubohkan ragi segara garam dan gula bersama tepung, dikacau rata dan masukkan susu cair sedikit demi sedikit dan diulikan sampai sebati dan dibiarkan lebih kurang 4 jam sampai tepung naik sendiri.Ketepikan 1 chawan tepung dalam mangkok untuk menguli rotai nanti.

2.SOS: Panaskan minyak suhu serdehana, masukkan bawang putih yg di chinchang dan goreng, biar ia garing sedikit. Apabila bau nya bangkit, masukkan tomato yang di putong dadu dan digaul bersama. Masukkan tomato puri dan daging chinchang/cendawan butang. Buburkan serbuk oregano dan daun bay leaves. Taburkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Bila sos sudah menidih dan bangkit baunya taburkkan serbuk cheese parmesan dan gaulkan.Lepas itu api di matikan.

3.TOPPING: Panaskan ketuhar dahulu, ulikan tepung pizza dan diratakan atas dulang rata bulat. Masukkan roti pizza dalam ketuhar dahulu dan panaskan selama 1min. Keluarkan dulang pizza dan tuangkan sos pizza rata2 diatas roti pizza itu. Selepas itu taburkan mozarella cheese sedikit dan letakan topping yang lain2, seperti nanas, isi ayam/turki ham/pepperoni/tomato hiris. Selepas itu taburkan cheese cheddar and mozarella lagi. Letakkan bawang besar di atas dan taburkan cheese parmesan.

ALMOND ROCE VS FERERRO ROCHER


Aha...masih ada stok lagi bahan buat kek dan biskut...mari kita buat projek hehehe



1bgks hazelnut wafer(x jumpe prise hazelnut gune jela yg prise ceklat pun leh je..)
kacang hazel secukupnye(d bakar dulu@sangai dlm kuali tanpa myk pun ok)
coklat masakkn..klu gune coklat compoun lg sedap(coklat utk buat homemade ceklat tu..)
almond nib ikut byk mane yg kite suke la..
paper cup secukupnye
hazelnut spread..


memula hancurkan@ramaskn wafer tu hingga hancur,gune tgn je tau..pastu masukkn hazelnut spread sampai wafer tu leh d kepal2 x berderai..klu still berderai lg tambhkn hazelnut spread tu lg..buat bulat2 kemudian masukkn kacang hazel tu dlm bulatan td tu mcm nk buat kuih buah melaka tu..buat sampai abis adnn wafer tu kemudian masukkn dlm pt ais dulu utk kasi bulatan tu keras ckit..nnti sng nk salutkan dgn coklat..
smentara tgu ball tu keras,leh la cairkn ceklat tu gune kaedah double boiled n ltkkn coco butter@butter@marjerin ckit je nk kasi napak shinning2 ckit kan...pas da cair tu biakan jap ceklat tu dlm 1min n kemudian barulah d masukkan almond nib n gaul sbti..
lastly kuarkan ball yg dlm pt ais tu n salutkan dgn coklat n masukkn dlm papercup..da siap sume masukkn dlm pt ais blek supaya coklat tu keras..tadaaaa..jadilah almond roche ala2 ferrero rocher..lg lame dlm pt ais lg sodap!selamat mencuba..

Resepi dari Aini Mazlina Mohd Noor

ROTAN OH ROTAN

Pagi tadi saya ke Pekan Sungai Besar dan parking di depan sebuah kedai buku, ternampak la sebalang rotan. Apa yang menarik minat saya adalah berkaitan hukuman merotan. Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959 hukuman merotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar lelaki sahaja. Pelajar perempuan tidak boleh dikenakan hukuman merotan.



Peraturan ini bercanggah sama sekali dengan kaedah pendidikan di dalam Islam. Merotan dalam Islam bukan sebagai hukuman(al-'uqubah) tetapi sebagai satu cara dan kaedah pendidikan(at-tarbiyyah wa at-ta'dib). Rasulullah meminta semua ibu bapa menyuruh anak-anak mereka mendirikan solat apabila berumur 7 tahun. Namun apabila anak sudah berumur 10 tahun tetapi masih enggan mendirikan solat, maka Rasulullah memberi keizinan kepada ibu bapa untuk merotan anak mereka. Di dalam hadith ini tidak dibezakan samada anak lelaki mahupun anak perempuan.
Allah juga membenarkan suami memukul isteri jikalau mereka nusyuz(derhaka). Namun kebenaran ini hanya dibolehkan setelah suami mendidik, membimbing, menasihati, menegur dan memberi kaunseling kepada isteri. Jikalau isteri masih menderhaka, suami hendaklah mengasingkan tempat tidur dengan isteri. Setelah proses ini selesai tetapi isteri masih menderhaka, barulah suami dibenarkan memukul isteri dengan tujuan mendidik bukan mendera.
Selain itu, Allah juga meminta pemerintah menjatuhan hukuman 100 kali sebatan kepada penzina perempuan dan lelaki. Bukti-bukti ini menyanggah sama sekali Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang tidak membenarkan pelajar perempuan dirotan.
Namun merotan hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak seperti berikut:
  1. Merotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar berumur 10 tahun ke atas sahaja.
  2. Muka dan kawasan-kawasan merbahaya seperti perut dan kemaluan hendaklah dielakkan.
  3. Alatan merotan hendaklah dipastikan tidak memudharatkan pelajar. Justeru rotan adalah alat yang paling sesuai.
  4. Merotan bukan dengan tujuan mendera sehingga meninggalkan kesan-kesan lebam pada badan pelajar. Di dalam al-Quran digunakan perkataan ijlidu untuk merujuk kepada merotan. Ijlidu berasal daripada perkataan jaldun yang bermaksud kulit. Mengikut fakta sains, kulit adalah deria yang dapat merasai kesakitan. Justeru had merotan hanyalah sehingga pelajar merasai pedih-pedih sahaja.
  5. Merotan boleh dikenakan di khalayak ramai apabila melibatkan kes berat. Hal ini diqiaskan kepada hukuman had zina. Ia bukan bertujuan memalukan pelajar tersebut tetapi lebih kepada peringatan dan amaran kepada pelajar-pelajar lain.
Justeru, saya amat yakin kes disiplin hanya dapat di atasi apabila kita kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Akal manusia sangat terbatas sedangkan Allah Maha Mengetahui..

Allahu A'lam~~~~

Isnin, 28 November 2011

JANGAN TENGOK DARI RUPA

Jangan tengok pada nama....hehehe yang pasti rasanya sedap. Mula2nya aku ragu2 juga nak buat......tp akhirnya..mak yang susah nak puji hasil masakan anaknya akhirnya ia mengalah kali ini....mak kata : Banyak2 kek yang aku makan ...kek ini yang paling sedap.....

Kek ini adalah resepi dari negeri Sarawak....


  • 2 gls Tepung Gandum
  • 2 gls Gula halus
  • 10 bj Telur
  • 1 1/2 tin kecil Susu Manis ( saya bubuh 1 tin susu pekat)
  • 1 1/2 tin kecil Sri Kaya (2 tin kecil)
  • 340 gm Susu Cair (Susu Ideal)
  • 1 paket kecil Horlick (200gm)
  • 16 oz buttercup(saya pakai 250gm butter)
  • 1 botol kecil Browning Sugar ( saya hanya guna 3 ke 4 sudu mkn je)
  • 2 senduk Milo (senduk nasi)
  • 2 sudu mkn Serbuk Koko
  • 2 sudu teh Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu manis, susu cair ideal dan seri kaya. Gaul rata.
  4. Serbuk koko, milo,horlick dan tepung gandum di gaul sebati dan masukkan kedalam adunan tadi. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan browning sugar. Gaul rata
  6. Biarkan adunan selama 45 minit. Kemudian kukuslah adunan hingga masak. (saya kukus 4 jam setengah).
  7. Diharap mencuba resepi kek belacan ni. sangat SEDAP, dan pasti anda suka kannya. saya YAKIN. SELAMAT MENCUBA. :)