Rabu, 30 November 2011

Pizza Ria Al Italiano Collectzion.

Pizza Ria Al Italiano Collectzion. (Mat Gebu)

Turkey Ham with pineapple pizza....Bon Appetit.

BAHAN untuk DOH
1 kg tepung roti (bread flour)
2 sudu besar garam (sukatan rata)
2 sudu besar gula (sukatan rata)
2 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
2 peket ragi segara (2 packet instant yeast)
500ml susu lemak cair / air suam (suhu bilik)

BAHAN untuk SOS
10 ulas bawang putih dichinchang halus(chopped)
4 biji buah tomato di putong dadu
1 tin besar tomato puri - 2 tin serdehana
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar chili kisar (sesuka hati / optional)
1 sudu teh serbuk oregano
2 helai daud Bay leaves
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (Olive oil)
1 tin chendawan butang di hiris
2 sudu besar parmesan cheese
250gm daging chinchang kambing/lembu (sesuka hati/optional)

TOPPING
Isi ayam/ayam Turki ham/pepperoni) yang sudah dipotong2 di Supermarket
Chili capsicum di putong dadu / hiris memanjang
1 tin nanas bulat di hiris kecil2
Bawang besar dihiris bulat nipis2
Tomato di hiris bulat2
Mozarella, Cheddar dan Parmesan cheese
(Topping mengikut selera dan citarasa sebanyak mana)

Cara-cara membuat
1.DOH: Tepung di masukan dalam takungan serdehana, bubohkan ragi segara garam dan gula bersama tepung, dikacau rata dan masukkan susu cair sedikit demi sedikit dan diulikan sampai sebati dan dibiarkan lebih kurang 4 jam sampai tepung naik sendiri.Ketepikan 1 chawan tepung dalam mangkok untuk menguli rotai nanti.

2.SOS: Panaskan minyak suhu serdehana, masukkan bawang putih yg di chinchang dan goreng, biar ia garing sedikit. Apabila bau nya bangkit, masukkan tomato yang di putong dadu dan digaul bersama. Masukkan tomato puri dan daging chinchang/cendawan butang. Buburkan serbuk oregano dan daun bay leaves. Taburkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Bila sos sudah menidih dan bangkit baunya taburkkan serbuk cheese parmesan dan gaulkan.Lepas itu api di matikan.

3.TOPPING: Panaskan ketuhar dahulu, ulikan tepung pizza dan diratakan atas dulang rata bulat. Masukkan roti pizza dalam ketuhar dahulu dan panaskan selama 1min. Keluarkan dulang pizza dan tuangkan sos pizza rata2 diatas roti pizza itu. Selepas itu taburkan mozarella cheese sedikit dan letakan topping yang lain2, seperti nanas, isi ayam/turki ham/pepperoni/tomato hiris. Selepas itu taburkan cheese cheddar and mozarella lagi. Letakkan bawang besar di atas dan taburkan cheese parmesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan