Isnin, 28 November 2011

JANGAN TENGOK DARI RUPA

Jangan tengok pada nama....hehehe yang pasti rasanya sedap. Mula2nya aku ragu2 juga nak buat......tp akhirnya..mak yang susah nak puji hasil masakan anaknya akhirnya ia mengalah kali ini....mak kata : Banyak2 kek yang aku makan ...kek ini yang paling sedap.....

Kek ini adalah resepi dari negeri Sarawak....


  • 2 gls Tepung Gandum
  • 2 gls Gula halus
  • 10 bj Telur
  • 1 1/2 tin kecil Susu Manis ( saya bubuh 1 tin susu pekat)
  • 1 1/2 tin kecil Sri Kaya (2 tin kecil)
  • 340 gm Susu Cair (Susu Ideal)
  • 1 paket kecil Horlick (200gm)
  • 16 oz buttercup(saya pakai 250gm butter)
  • 1 botol kecil Browning Sugar ( saya hanya guna 3 ke 4 sudu mkn je)
  • 2 senduk Milo (senduk nasi)
  • 2 sudu mkn Serbuk Koko
  • 2 sudu teh Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu manis, susu cair ideal dan seri kaya. Gaul rata.
  4. Serbuk koko, milo,horlick dan tepung gandum di gaul sebati dan masukkan kedalam adunan tadi. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan browning sugar. Gaul rata
  6. Biarkan adunan selama 45 minit. Kemudian kukuslah adunan hingga masak. (saya kukus 4 jam setengah).
  7. Diharap mencuba resepi kek belacan ni. sangat SEDAP, dan pasti anda suka kannya. saya YAKIN. SELAMAT MENCUBA. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan