Sabtu, 21 November 2009

SEBUAH TELEFON BIMBIT

Tahniah anak ku (RUSHDAN) kerana memperolehi keputusan yang baik dalam UPSR da PSRA...

Ibu berdoa semoga Rushdan akan berjaya terus di dunia dan di akhirat. Begitu juga anak-anak ibu yang lain..contohi lah abang...

Ibu dan ayah berpakat untuk menghantar sekolah yang berasrama.

Malam itu...tiba-tiba Rushdan memelukku dari belakang..."Ibu, abang tak nak duduk asrama, abang sekolah mana-mana pun tak ape, asal boleh balik dan tak duduk asrama" Aduhai, anakku! Rupanya kamu tak rela berpisah dengan ibu dan ayah dan adik-adik yang lain.. Puas kami memujuk..dan akhirnya..."Oklah...tapi ibu belikan abang hand set"..Aik, itu pulak yang di mintanya. "Buat apa handset tu...kat sekolah bukan boleh bawa handset...". "Tak pe, bila abang masuk asrama ibu simpanlah". "Nanti ibu bincang ngan ayah kalau ayah ok, kita boleh beli"

Malam tu juga setelah dapat signal "ok" dari ayahnya...."Jom lah bu pergi sekarang". "Kan hujan lebat ni...esoklah ye". " Abang nak malam ni juga ". "Kan ayah ngan adik demam tu". Mula muncung mulutnya dengan mata berkaca-kaca tanda air mata dah nak tumpah. Rumah kami tak jauh dengan pekan.

Pergilah kami sekeluarga memenuhi hajatnya. "Abang, jangan beli yang mahal tau, beli yang biasa aje, kalau abang nak yang mahal tunggu abang dah kerja nanti ye!". "Ok"

Di kedai handset..mulalah mata meneliti dari satu handset ke handset yang lain. " Ok bu, abang nak yang ini". RM180 je nasib baik. Tiba-tiba anakku yang no 3 bersuara. "Kalau adik dapat 5A ibu belikan adik handset juga ke?". "Ye.. Ibu belikan kalau dapat Mumtaz juga di sekolah agama". Adik (Fahmi) senyum..tak tau apa yang sedang difikirkan.Mudahan handset abangnya menjadi dorongan buat Fahmi dan kakaknya Fadhlin..Mudah-mudahan anak ibu semua berjaya dunia dan akhirat..

Sampai di rumah...
"Ibu macam mana nak masukkan nama dan no. telefon dalam handset ni..?". Aku minta no. telefon yang dia pegang tu. "Mak ooi, banyaknya no.telefon...tapi semua kawan-kawan lelaki mana no. telefon kawan-kawan perempuan?".Atira(2 pupu dengan Rushdan), Wani( anak saudara dengan Rushdan),Izati, Anis, Ika dan yang lain-lain nama tak mintak?". Saja nak menguji anak bujang yang belum pecah suaranya. "Tak nak lah bu, tak suka kawan ngan diaorang, diaorang tu ganas-ganas". Anakku yang ini memang pendiam orangnya, memang tak nak ambil tahu langsung tentang kawan-kawan perempuannya.

Anak-anak moden. Seusia begini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudian....Sekolah tempat ku berkhidmat adalah sekolah luar bandar, tapi majoriti murid-muridnya dah ada handset sendiri....

Aku berpesan dengan anak-anakku juga semua anak-anak muridku.."GUNAKAN HANDSET DENGAN SEBAIKNYA. JANGAN GUNAKAN UNTUK MENGIMPORT GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO-VIDEO LUCAH YANG BOLEH MEROSAKKAN HATI DAN AKAL. IBU TIDAK REDHA ANAK-ANAK IBU MELAKUKAN PERBUATAN YANG DILARANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan