Rabu, 10 Mac 2010

Mengandung Dan Bersalin Anak Pertama

Mengandung dan bersalin anak pertama

Mengandung anak pertama amat mendebarkan..ye lah mana ada pengalaman…yang ada cuma pengalaman dari pembacaan yang ada di pasaran. Masa tu aku masih tinggal dengan mak…aku seorang isteri yang bekerja. Biasalah bila bekerja ni terpaksalah pandai membahagi masa antara tugas sebagai isteri, wanita bekerja juga sebagai anak……

Memang penat…tak tau nak kata laaa…..masa tu kami belum mampu lagi untuk memiliki sebuah kereta…jadi setiap hari aku menaiki motor yang aku beli dari hasil mengumpul dari alaun semasa aku masih di Maktab Perguruan dulu….

Petang balik dari sekolah aku terpaksa menyiapkan segala tugas yang tertangguh di sebelah pagi..membasuh, mengemas dan macam lagi…Alhamdulillah mak sudah masak tengahari untuk keluarga. Balik kerja tinggal makan je…Terima kasih mak..

Walaupun aku mengandung..tapi aku tak mengalami alahan yang teruk..cume aku ada sedikit morning sikness saje..biasa lah tu… aku alahan dengan bau-bauan yang wangi seperti bedak, sabun mandi, minyak wangi.Aduhai ini yang menyebabkan aku terduduk…kekadang kesian juga ngan suami aku..sebab aku tak suka dengan bau bedak yang digunakannya…..jadi suami ku sentiasa memakai minyak cap kapak menggantikan minyak wanginya….hahahaha…

Semasa aku mengandung 5 bulan, aku telah mendapat satu kejutan sebab aku disahkan mengalami darah tinggi…Doktor menyarankan aku banyakkan rehat…kadang-kadang keputusan darah ku terlalu tinggi sehingga aku bermalam di wad untuk beberapa hari…

Masa kandungan ku berusia lapan bulan…

Selepas makan malam…aku terasa ada air sedang mengalir jatuh kelantai…Haaah..air ape ni..dikata kan aku terkencing oh ..tidak …tidak pula aku rasa nak terkencing…aku cium tak pula rasa hancing..Eh…apa pulak ni…..habis kain batik ku basah lenjun..

Aku syak sesuatu…ye entah-entah air mentuban…sebab keluarnya terlalu banyak rasa-rasanya ada jugak satu baldi kecil…Tapi aku tak ada rasa sakit perut pun…Suami ajak pergi hospital..tapi aku tak mau sebab sehelai baju baby belum kami beli. Sebab mak melarang aku membeli kononnya masih terlalu awal.Sedih….

Pukul 9 pagi aku keluar dengan suami masih sempat untul shopping barangan baby lagi..Pukul 10 pagi aku sampai ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah…Setelah diperiksa, aku disahkan oleh dokter bahawa aku telah sedia untuk melahirkan seorang bayi…..Owh tidak. Rasa gementar.rasa takut menyelubungi benak hatiku…umur bayiku masih berumur 36 minggu…(8 bulan)..Orang kata bayi yang lahir berumur lapan bulan sukar untuk hidup.Ya Allah lindungilah dan selamatkanlah bayiku ini….sepanjang menanti disaat kelahiran itu, aku tak berhenti-henti membaca Al Quran.

Petang itu suami dan mak melawat ku..ketika itu lah perutku mula merasa sakit tetpi tidak lah sakit sangat….tapi aku minta suamiku jangan pulang…tapi mak berkeras untuk menghantarnya pulang.. Tak apelah….pukul 7.45 aku rasa nak buang air besar sangat…Aku berjalan menuju bilik air…Tiba-tiba nama ku dipanggil oleh staff nurse…meminta aku masuk ke dewan bersalin..Nurse tu kata itu bukan nak buang air besar itu tanda dah nak bersalin..

Masuk dalan dewan bersalin aku diminta untuk naik ke atas katil yang disediakan…tak lama lepas tu nurse menyuruh aku meneran… dengan sekali teran sahaja…tiba-tiba rasa sakitku dah hilang..tapi tiada pula kedengaran suara baby…degup jantung ku bertambah laju…sempat aku bertanya macam mana keadaan baby ku….tiba-tiba terdengar suara tangisan bayi yang kuat dan tersekat-sekat….Alhamdulillah…selamat anak ku…Nurse menunjuk kan alat sulit baby kepada ku…baby boy…tapi anak ku sangat kecil..tidak seperti baby yang lain….berat badannya Cuma 1.75 kg….Anak ku di di masukkan ke dalam balang selama 18 hari dan 5 hari di wad kanak-kanak kerana menghidap jundis…….hari-hari aku berdoa agar anak ku selamat dan sihat………

Kini anak ku ini berusia 13 tahun yang ku beri nama Muhamad Fadhil Rushdan….

1 ulasan:

  1. Jangan risau anak tu kecil...kalau besau sangat nanti lagi payah banyak jahitan...syukur la dah selamat...

    BalasPadam