Khamis, 25 Februari 2010

PENGALAMAN PERTAMA DI ASRAMA

Minggu ke 3

Nampak agak ceria…bawa anak-anak berkelah di air terjun Kuala Woh…….sambil hendak menghantar mak cik Siti nya praktikal di SMPJ(C), Ipoh……

Minggu ke 4

Tak sempat nak tanya banyak-banyak asyik tidur aje…..ngantuk katanya…Pulul 12 tengahari bangun mandi, solat , makan….tido lagi….Maasya Allah

Minggu ke 5

Hari Ahad .

Sepatutnya anak ku tak balik minggu ni,sebab kementerian telah menarik balik isu pelajar asrama dikehendaki balik tiap2 minggu, jadi pelajar di sekolah anak ibu diwajibkan balik tiap 2 minggu sekali…Lege sikit hati ibu sebab banyak perkara yang ibu hendak selesaikan pada cuti sekolah seperti ini, Tiba-tiba kring..kring..kring..jauh di sana kedengaran suara yang biasa aku dengar.

Anak : Ibu nanti ambik abang ye pukul 12.00 tengahari..

Ibu : Kenapa nak balik kan minggu ni tak boleh balik?

Anak : Abang nak outing kejap…

Ibu : Ye lah2 setengah jam lagi ibu sampai…

Sampai di asrama…

Anak ( Salam..peluk cium)…boleh tak kita pergi ke Sungai Besar bu…?

Ibu : Nak beli apa?

Anak: Cermin mata abang dah patah….

Ibu : Macam mana boleh patah?

Anak : Kawan terduduk kat atas katil..

Ibu : Nak buat macam mana dah patah…

Buat jugalah hari itu…..aduhai anak…..

1 ulasan:

  1. saya pun ada pengalaman yang sama.... macam-macam kerenah mereka...anak saya tingkatan 1... semalam hantar dia peluk saya dan saya lihat dia menahan diri macam nak nangis....aduh hati ibu ...

    BalasPadam