Selasa, 23 Februari 2010

PENGALAMAN PERTAMA DI ASRAMA

Minggu 1 .

Dalam kereta, perjalanan pulang dari asrama….
Ibu melihat wajah anaknya dari cermin kereta….wajah yang sedih dan matanya merah berkaca-kaca….

Ibu: Hmmmm….abang ok?
Abang : Ok….

Ibunya tak puas hati melihat air matanya anaknya tertumpah perlahan-lahan. Ibunya tahu anak nya itu mempuyai masalah yang perlu si ibu ketahui dan selesaikan dengan cara berhemah.

Si ibu ingin menempatkan anak sulungnya itu di asarama walaupun pada awalnya si anak berkeras tidak mahu…Anak ibu yang ini memang susah untuk meluahkan perasaan hatinya..Ok, tak apa ibu akan korek sampai dapat punca masalah yang sedang dihadapi.
Ibu : Macam mana duduk kat asarama, seronok tak? ( si ibu cuba menyungkil rahsia anaknya)

Abang : Biasa..
Ibu : Ada apa-apa masalah ke di asrama?

Anak ibu diam tanpa jawapan…ya…ibunya faham…anaknya mesti ada masalah…Cuma si ibu tidak pasti dengan siapa…persoalan demi persoalan keluar dari mulut ibunya…

Ibu : Abang ada masalah dengan kawan ke? Dengan Abang senior ke? Dengan Pak Cik Jaga ke? Dengan cikgu ke?
Anak : Tidak…
Ibu : Habis kenapa abang nampak sedih saja?
Anak : Dengan mak cik dewan makan….
Ibu : (Ibu senyum..sebab ibu dah berjaya mencari punca masalah) Kenapa dengan Mak Cik dewan makan?
Anak : Mak cik dewan makan selalu ejek abang…dia kata abang kecik….orang kecik tak boleh makan banyak…waktu tu abang lapar sangat…..tapi, mak cik tu bagi sikit saja…..padahal ada lagi budak lain yang lebih kecil dari abang, tapi dia bagi banyak sama macam orang lain…

Monolog si ibu….ya Allah kesiannya anak ibu…rasa geram tiba-tiba menyerap dalam hati ibu…..Ibu diam seketika mencari ayat-ayat yang sesuai untuk anaknya supaya hatinya tidak tercalar…

Memang anak ibu ini badannya bersaiz kecil sedikit….lahirnya dulu pun tak cukup bulan……kalau orang tak tahu orang ingat dia baru darjah 4 atau 5. Kesian anak ibu….
Si ayah yang dari tadi mendiamkan diri mendengar saja perbualan si ibu dan anak tiba-tiba bersuara yang agak mendalam juga ertinya…

Ayah : Lain kali kalau mak cik dewan makan cakap lagi macam itu….jawab la bang…..Kecik-kecik saya mak cik, saya pun bayar sama tau….
Anak dan ibu; Diam…

Persolannya ? kenapa perkara ini mesti berlaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan