Sabtu, 5 Disember 2009

........JEJAK KASIH........


Sejak tahun 1992 aku berpisah dengan dia. Setelah berpisah memang tak pernah jumpa ...aku meneruskan pengajianku ke Kolej dan dia meneruskan cita-citanya .. Waktu itu kami masih berusia awal 20-an.

Masa tu mana ada hand set macam sekarang.. kalau adapun pasti aku kata orang itu mesti kaya, kerja kontraktor atau buisnesman. Memang teruslah terputus hubungan...

Aku tahu sekarang dia telah menjadi wartawan sebuah akhbar alternatif tapi aku tak tau cara nak memghubungi dia..tak terfikir untuk menghubungi pejabatnya atau apa-apa pun...Aku cuma dapat membaca tulisannya sahaja melalui akhbar itu...

Suatu malam selepas bertahajud mata ku tak mahu pula lelap. Sambil menunggu waktu subuh, aku buka lappy terus melayari internet dari satu blog ke satu blog. tiba-tiba aku teringat pada kawan aku yang seorang ini. Fikirku tak kan seorang wartawan tak de blog peribadi. Aku pun mencari terus mencari....Haaaa...... itu dia ...sah dialah yang ku cari selama ini, bekas housemate di Quaters Pejabat Agama Gombak Barat, Kuang..

Aku tinggalkan sedikit mesej dalam shoutmix blognya...ya ya ya....dia membalas mesej ku...Maka mulalah kami berchating dalam facebook untuk memulakan pertemuan pertama setelah berpisah begitu lama..

Kebetulan pulak hujung minggu ini dia ada tugas di Sungai Besar dan Sabak Bernam...Dan terjadilah pertemuan yang singkat..berpelukan..menitislah airmata kesyukuran. Kami tak sempat bercerita panjang dan akhirnya........termeterilah sebuah kenangan yang sukar digambarkan bersama SAIDAH HAIRAN...



2 ulasan:

  1. Seronokkan jumpa kawan lama,mesti tak cukup mulut nak cerita......e e bajunya samalah ngan baju gabar kat bakti hall tu

    BalasPadam
  2. SKTJ,

    Memang seronok sangat jumpa kawan lama, sebenarnya ada sorang lagi tu, tapi ada masalah di akhir waktu, yang seorang lagi tak dapat nak datang...

    he he he baju sama ye...

    BalasPadam