Rabu, 2 Disember 2009

BUAH 66


Sapa tau buah 66?...bukan buah enam puluh enam tapi disebut buah nam nam...rasanya masam..kalau orang mengidam biasanya dia suka dan ada yang mencarinya. Makan begitu saja atau dicicah dengan kuah rojak..ada orang cicah dengan kicap tarok gula dan cili api serta belacan bakar (sedikit)

Tapi aku kalau aku mengandung, aku tak suka masam-masam nih.

Buah ni susah nak cari. Spesis ini semakin pupus sekarang sebab orang tak tau cam ne nak mengkomersialkan.

Buah nam nam ni akan berbuah di batang pokok. Dan yang paling banyak buahnya, di pangkal pokok hingga perdunya. Jadi tak susah-susah nak panjat pokok nam nam nih..

Pokok nam nam tak dapat nak tangkap gambar. Masa nak tangkap tengah hujan lebat...cukuplah aku gambarkan saje.

Inilah hidangan kami untuk tengahari ini untuk pencuci mulut....ada buah ciku, buah nam nam, jambu batu dan buah betik yang datang dari kebun...bukan beli tau....tanam sendiri..



1 ulasan: