Jumaat, 25 Disember 2009

2 Minggu Lagi Dah Nak Sekolah



Hari Isnin 21 Dec 2009
semua guru dikehendaki datang ke sekolah, sebab ada Mesyuarat Guru...Guru Besar En. Musa bin Ismail dapat hadir walaupun dengan kepayahan kerana sedang sakit..Alhamdulillah dengan kekuatan dan keinginannya yang teramat sangat serta kerinduannya dengan semua guru-guru beliau dapat juga menghadirkan diri. Aku balik pukul 3 petang kerana terpaksa menyiapkan satu dokumen yang akan dihantar pada hari itu juga ke PPD. Sampai rumah Alhamdulillah anak-anak semua dah settle..aduh lapar..ayah kepada anak-anakku yang masak hari ni...ok jugak sedap..terima kasih.



Hari Selasa 22 Dec 2009 semua guru hadir. Mesyuarat Panitia....habis pukul 11.00 pagi. Aku tertinggal handset..alamak tak pe..kalau ada urgent suami ku pandai le cari aku he he he....Memang hari tu ada kecemasan. Suami call aku tak dapat...adik ku CT call pun tak dapat...tiba-tiba my cousin berlari-larian mendapatkan aku..ada call katanya... Opps, abang ada apa? Bapak nak dibawa ke hospital..bapak muntah2 dan demam. Ok, 15 minit lagi dinda sampai keUnit Kecemasan dan Trauma...Sampai kat hospital bapak terguling-guling kesejukan.




Sekejap bapak nak buang air kecil, sekejap nak buang air besar..Aku ngan CT tolak bapak ke bilik air sebab bapak nak buang air besar. Tapi tak sempat..bapak dah terrrrr.....kat kerusi roda..Aku dengan CT uruskan bapak yang kesejukan bagai berada di Kutub Utara itu..




Suami ku pula menguruskan seluar bapak yang telah terkena dengan@#$$%%^^&^ itu. Akhirnya bapak masuk WAD...Pukul 7 malam baru kami balik. Malam mak jaga bapak.




Hari Rabu 23 Dec 2009 aku dan family ke SMKA Simpang 5 untuk urusan pendaftaran anak bujang kami ke tingkatan 1. Sambil hala ke sana, aku nak servis kereta comel kami. So kami pergi dengan 2 kereta. Kami tinggalkan kereta kami tepat pukul 8.30 pagi. Pusat servis tu pun baru nak buka. Aku pun cakap aku akan tinggalkan kereta ni sebab ada urusan lain selepas ni..Aku harapkan 2 jam lagi siap la..Aku sempat lagi membeli belah di pekan berdekatan. Bila aku kembali ke pusat servis aku nampak keretaku tak berganjak lagi dari tempat parking...Adoiiiiiiii......Aku tinggalkan lagi kereta itu. Aku cakap aku nak cepat kalau boleh jangan sampai pukul 2 petang....aku terus ke sekolah sebab nak kemas dan bersihkan kelas, memastikan semua kerusi meja cukup untuk anak-anak murid untuk sessi 2010. Pukul 1.30 petang dapat call dari pusat servis kereta dah siap. Ok.Aku datang..Nah..RM215.15 tunai...Puan..eksober belakang kereta puan bocor dan kene ganti...Perrgh..Duit lagi RM150.00... Kena ganti juga sebab hari Selasa minggu depan nak hantar bapak ke IJN.




Pukul 4 petang tengok bapak kat hospital dengan suami. Anak-anak tinggal kat rumah sebab kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke WAD...lecehhhh. Balik pukul 7 malam. Penatnya....lepas solat isyak tak tunggu lagi...zzzzzzzzzz.....

Hari Khamis 24 Dec 2009 pergi sekolah juga..penjaga datang untuk buat pembelian buku..balik pukul 12 tgh..Sampai rumah terus masak...lapar sangat..aku nak cepat tapi sedap. Aku masak Tom Yam, goreng cendawan tiram jer.....CT call dari hospital..kak aku lapar..Nak makan datang sini jap..Rumah aku ngan hospital tak sampai 5 minit dah sampai...Tak lama tu suamiku balik dari KL..Eh..cepatnya abang balik...Hari ni barang cepat habis..Ok...lepas solat Zuhur kita makan sama2.Petang, lepas Asar aku pergi hospital lagi dengan suami, aku nampak bapak masih pucat lagi..makan pun tak mahu..aku suapkan bubur..hanya makan 4 suap jer...Bapak nak makan apa? Bapak geleng kepala... Pukul 7 malam aku balik, mak pun dah datang...Malam pukul 11 mak call, bapak nak roti yang ada inti.... OK. Aku Keluar ngan suami nak cari kedai kat pekan kot-kot ada yang masih buka...Hmmmm...nampaknya tak ada, cuma kedai SEVEN ELEVEN je yang buka. dengan berbaju tidur tapi menutup aurat aku pun masuk le kedai itu.. Lepas membeli belah. Aku terus pergi hospital nak beri bapak roti. Bapak mesti lapar...



Hari Jumaat 25 Dec 2009 tidak ke sekolah. Hari ni cuti Hari Krismas....aku kemaskan rumah....Pukul 11.30 aku mula ke dapur nak masak hidangan tengahari..Hari ni kan hari Jumaat..Aku nak masak ketam...Ketam ni Cikgu Hafizun yang bagi semalam..Aku nak masak lemak cili api..hmmm..sedap kot...CT dari hospital call lagi..Hmm... datangla sini makan..Lepas masak aku nampak pisang awak sedang elok masaknya dengan daun pisang dalam plastik suamiku bawa dari kebun semalam. Aku terus buat lepat pisang.. Bapak mesti suka lepat pisang ni...Selesai kami makan maka dah masaklah lepat pisang aku...he he he..Lepas solat Zuhur CT pergi lagi ke hospital, aku kirimkan lepat pisang untuk bapak..Anakku yang ketiga masuk ke dapur sambil membawa bekas yang berisi beehoon goreng. Jiran sebelah aku ni memang rajin masak namanya Mastura. Kakaknya bernama Kamariah adalah kawan aku masa sekolah dulu.Aku pulangkan bekasnya pula dengan lepat pisang yang kubuat tadi...Rezeki....Lepas Asar aku ngan suami pergi hospital lagi tengok bapak..Bapak tengah makan lepat pisang habis sebiji..Bapak kata dah kenyang. Bapak kata baru sekejap tadi kawan bapak masuk WAD juga, namanya Pak Jainuri...sakitnya sama SERANGAN JANTUNG.....Masa pun dah nak pukul 7 malam..Pak... balik dulu ye...Bapak pesan esok datang lagi tengok bapak..Insya Allah bapak, esok hari Sabtu banyak kenduri...

Kesian bapak...mana anak bapak yang lain???? Belum balik lagi..


1 ulasan:

  1. Allah hanya memilih hamba yang di sayangi saja untuk diuji,jangan sia-siakan peluang ini

    BalasPadam