Ahad, 27 Disember 2009

APA ANAK AKU BUAT BILA CUTI SEKOLAH



Panjat-memanjat la...apa aje yang dibuatnya...Hmm...buat air batu la, buat ais krim la...Ini anak aku yang no 3 baru 9 tahun dengan si bungsu. Memang cukup cekap kalau buat benda ni.Satu hari aku tengah bebaring kat bilik..tetiba aku dengar bunyi blender..Aduh..anak aku, apa aje la yang di buatnya..Haah..ais blend la pulak..habis milo dalam tin ngan susu di godamnya.Sebab satu rumah semua nak rasa...




Ha..yang ni pulak...masa ni kat kampung.. aku dan ayahnya tengah berborak ngan atoknya..Tetiba ngreng...ngreng..ngreng..Ya Allah anak ku dah naik atas moto elok je jalan moto tu...Tak de sapa yang ajar pun. Ha.. tiba nak patah balik ke rumah kurang expert la tu bergotong royong berdua. Sorang tukang tarik/sorong, yang sorang lagi jadi jurumudi.Nak tau jurumudinya tu dah 12 tahun tapi sama tinggi ngan adiknya yang 9 tahun tu...Hmmm..anak2.



Hah.. yang ni anak nombor 2 baru 11 tahun.Kat peti ais tu kena banyak makanan. Kentang,nuget ,bebola2,ayam, cendawan, roti perata segera tu pun dia mau..tidur malam asyik la lewat.Kalau lewat tidur apalagi dok kerja menggoreng apa2 yang boleh digoreng.Nak tidur pun boleh mengunyah lagi..Adui..tulah kalau musim cuti sekolah.



Hari tu anak2 aku ajak ayahnya pergi picnic..ayahnya kata tak sempat nak pergi sebab banyak sangat jemputan kahwin hari Sabtu dan Ahad. Hari lain lagi la tak boleh, sebab ayah tak de cuti. Ofis ayah tak de pembantu.Ayah kerja sorang2..Tengok apa diaorang buat....Habis becak garaj kereta..


Bila dah penat camni lah jadinya....bila dah camni dipanggil pun dah tak menyahut...


Jurugambar profesional....Cik CT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan