Jumaat, 25 November 2011

PENGALAMAN ITU AMAT BERHARGA

Pada 12 dan 13 November yang lepas sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan Unit Uniform. Satu aktiviti yang amat ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Selagi belum berlangsung selagi itu ditanyanya...bila cikgu...bila...bila......

Hari yang ditunggu pun tiba..


Pendaftaran pukul 4 petang. Cikgu-cikgu sebenarnya risau dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Panas..hujan silih berganti...kadang-kadang matahari tak memberi sinarnya.

Lepas Pendaftaran...masing-masing memasang khemah. Yang Tahun 5 dan 6 oklah dari pengalaman yang lepas agak cekap juga memasangnya manakala yang Tahun 4 hari itulah mereka mula belajar. Ya bagus ..penuh semangat mereka menyiapkan tugasan..

Siap.....Aktiviti memasak pula.
Aktiviti ini lah sangat ditunggu...hehehe main masak-masak..masing-masing menunjukkan kepakaran memasaknya...mari kita tengok apa yang berlaku..He he he he






Hujan...




Memasak nasi..jangan sampai hangus..



Tolong macam mana ni...telur sudah hangus..



Macam mana tutup periuk boleh tertinggal...tak pe..tutup pakai bontot kuali pun ok...janji masak...api pulak buat hal....kayu api basah...



Anak dara masing-masing menyediakan dan menyiapkan hidangan makan malam untuk ahli kumpulannya...




Di antara hasil masakan tiap kumpulan....macam mana, macam chef juga...ok tak pa kejap lagi akan diadili dan diberi markah...lepas tu kita makan sama-sama....

















Makan dengan tertib ya anak-anak...





Inilah hasil masak nasi bertutup bontot kuali....sedaaaap katanya...kreatif....




Yaaa.....Kumpulan Tok Moh... Menang kategori Kumpulan Lelaki....yang perempuan tak sempat nak snap gambar....

Selepas makan malam......solat Isyak berjamaah....dan bermulalah aktiviti malam kebudayaan.....Kita cerita lain kali lah ye...



Komitmen cikgu ini amat kuat.....bersama anak yang sedang demam..tetap bersama anak muridnya sama-sama bermalam di sekolah..

ANDA BAGAIMANA? CAYALAH.......HEHEHE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan