Selasa, 16 Mac 2010

PENGALAMAN MENGANDUNG DAN BERSALIN ANAK KEDUA


Selepas tiga bulan aku bersalin anak pertama…aku mengalami demam yang agak panjang..4 hari tak kebah-kebah…suami menyarankan untuk memeriksa urine test kot2 aku mengandung lagi…Huu huhu ye betul aku mengandung lagi…nak buat macam mana…dah rezeki…seperti biasa aku pergi buat chek up pranatal….

Setelah 5 bulan aku mengandung aku mengalami bleeding..bleeding dan bleeding..aku pun wat pemeriksaan…alamak kali ini aku tak bleh lari le..aku kene tahan di wat bersalin…selama 9 hari di hospital Tengku Ampuan Jemaah sebab aku disahkan mengalami uri kat bawah tahap 2…selepas 9 hari di HTAJ aku di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah pula sehingga aku bersalin….

2 bulan setengah aku tinggal di wad itu…sehingga aku hafal semua menu yang di hidang….selama itu lah aku tak kerja…..Aku di letak di sebuah bilik berkongsi dengan 4 orang semua kes yang sama…..

Satu malam aku rasa tak selesa..pergerakkan baby amat terasa…Tepat pukul 11 malan aku rasa ada air yang panas mengalir di kainku tetapi aku tidak terasa sakit pun..aku panggil nurse yang ada di situ…dengan tak sampai beberapa minit ada 3 dokter pakar dan 6 dokter lain telah mengerumuniku..huhuhu…..aku hanya ingat pada Allah aje waktu itu...aku di beritahu bahawa aku akan di operate secepat mungkin….Aku tawakkal aje pada Allah..masa itu lah aku bertarung dengan perasaan ku sendiri bahawa hidup dan mati itu adalah milik Allah… tiada sesiapa di samping aku pada waktu itu segalanya aku buat keputusan sendiri. Suami? Suami ku baru saje pulang dari menziarahi aku petang tadi….waktu itu penggunaan telefon bimbit blum meluas..jd aku tak dapat nak hubungi sesiapa…Tetapi nurse yg disamping itu amat baik dial ah yang menalifon suamiku di kampung memberitahu isterinya akan di operation..terima kasih nurse…

Setelah nurse menyiapkan aku untuk bersiap sedia go to operation room ..aku di bawa ke dewan bedah, maka mulalah berjalan operasi itu dengan memberikan ubat bius dengan satu nafas saje aku tidak edar apa2….sehingga pukul 5pagi aku di kejutkan tetapi aku masih dalam khayalan lagi…cume aku dapat dengar suara suami dan kakak ipar ku…..Mata ku tak boleh nak buka..suara ku tak keluar….Eh aku ni koma ke? Aku berkata dalam hati…hanya air mata kusaja yang mengalir…

Baby kat mana? Mulut ku bergerak bertanya pada suami tapi tiada dapat bersuara…sedih…aku menangis..aku dah ingatkan baby ku tak selamat sebab usia kandungan ku baru 33 minggu….Suami ku senyum…dia kata baby girl selamat tapi dia ada di ICU…lega sedikit….aku mengangguk gembira…setelah 4 hari aku di benarkan keluar dari wad bersalin..dan aku boleh melihat baby ku di ICU….Ya Allah dugaan bagiku..baby ku kurus sedang menangis di dalam ancubator dengan pelbagai wayer dan tiub dari mulut, hidung, pusat owhhh….tak dapat aku cerita perasaan aku waktu itu…..

Mata ku mengalir dengan deras..tiba2 datang kakak yang senasib dengan ku…dialah yang memberi aku semangat. Kakak tu dah tinggal kat situ dah lebih 2 bulan menunggu anaknya cukup timbangan seberat 2kg. Aku merenung anak kakak tu…lagi kritikal dari anak ku….aku pandang sekeliling keadaan baby2 yang ada kat situ semuanya lahir yang cukup bulan..ada yang sebesar tapak tangan sahaja….bila aku sedar rupanya anak ku lah yang paling bernasib baik sebab anak ku lebih berat dari anak2 mereka. Anak ku dilahirkan seberat 1.9 kg lebih berat dari berat abangnya yang cume 1.75kg. Aku menunggu anak ku sehingga beratnya 2kg. Alhamdulillah 5 hari disitu anak ku dah pandai menyusu dan di keluarkan dari incubatornya…barulah aku dapat menyentuhnya dengan kasih sayang….tapi masalah nya anak ku terkene joundis yang kritikal dan memerlukan pertukaran darah dengan ibunya…Doktor telah memberitahu bahawa anak ku ini 99% akan pekak dan bisu…Ya Allah bagai halilintar aku menerima berita ini….Ya Allah……

Malam itu aku dipanggil untuk mengambil darah untuk dimasukkan kebadan anak ku…aku menangis ladi……Tapi Alhamdulillah diujian darah yang terakhir yang dibuat oleh dokter . dokter mengesahkan tidak perlu membuat proses pemindahan darah sebab bacaan joundis telah menurun….Alhamdulillah syukur pada Allah…..

Tetapi aku terpaksa membawa anak ku membawanya ke pakar kanak-kanak tiap 2 bulan sekali untuk mengenal pasti…Sabak Bernam ke Kelang…Waktu itu aku belum mampu membeli kereta, jadi aku naik bas expres aje la…huhuhuhu

Bila anak ku dah 5 bulan aku terperasan anak aku boleh melihat..dan dia boleh dengar…ah…tak mungkin anak ku ni pekak dan bisu…….sejak dari itu aku dak tak pergi bawa anakku ke sana…

Anak ku kini sudah berusia 12 tahun aku namakan dia Fadhlin Nadhirah. Kini dia menjadi wakil pasukan bola jaring sekolah……………….dan dia paling besar dalam adik beradik….kejejap waktu nanti dia akan lebih tinggi dari ibunya….

6 ulasan:

  1. Story anak kedua akak ni lebih gayat sikit..huhu

    BalasPadam
  2. naftalena.....kita kene kuat.....dalam kedaan macam tu akak kene pasrah segalanya pada Allah....Alhamdulillah semuanya selamat..........

    BalasPadam
  3. salam kak, salam perkenalan, suke baca pengalaman akak, saya dah peknen balik, baby sulung saya baru 6 bulan..

    BalasPadam
  4. kak..saya skrg ni tgh mengandung anak yang ke 2..mcm kes akak saya mengandung slps anak pertama berusia 3bulan..skrg kandungan masuk 15 minggu. tp saya tak bagitau sesiapa lagi. tak tau nak ckp mcm mana.. smua dah x kena dgn plan..saya ada buat research, katanya kalau mengandung b4 anak pertama mencecah usia 2 tahun kemungkinan bsr anak ke 2 akan lahir pra matang..rasa mcm takut dan risau pula skrg ni..saya tkt kandungan saya dan dir saya akan ada risiko nanti. akak saya mohon akak bg semangat kat saya ek. tq

    BalasPadam
  5. Sy pon same mcm akakk..doktr ckp kne bsalin pkse tok 36 minggu tp skrang baru 34weeks..berat skrang pon baru 2kg sje ble buat scan..lgpun air ketuban kurg..agak rsaw n mcm2 yg dpkirkn..dah 3 ari dkt hspitl

    BalasPadam
  6. Subhanallah kak sayu baca entri kakak.. Tpi alhamdullilah.. Semoga anak kakak menjadi muslimah yg solehah & berjaya dunia akhirat

    BalasPadam