Selasa, 8 Disember 2009

MUSIM CUTI SEKOLAH = MUSIM KENDURI KAHWIN



Bila tiba musim cuti sekolah, maka waktu itulah juga musim kenduri kawin..

Minggu ni saje aku dapat 8 kad undangan, minggu lepas dapat 5 kad undangan. Minggu depan dah dapat 4 kad undangan, minggu depan dah nak buka sekolah ada 6 kad kahwin menunggu...
Bermakna aku dapat 23 kad undangan cuti sekolah ni....

Kalau dikira materialnya

23 X RM5 (paling minima untuk salam keruk) = RM115 x 2 Orang (suami & isteri) = Rm230 + duit minyak RM50 = RM280.. Banyak tu...

Kalau yang kenduri tu saudara (minima RM10)
Kalau yang kenduri tu adik- beradik (minima RM100)

Tapi kata suamiku kalau difikirkan sebagai mengeratkan hubungan silaturrahim alangkah besarnya pahala Allah beri...

Camne nak jimat? Aku selalu buat camni....

Rumah pertama suami aku aje yang masuk rumah tu..aku tunggu kat dalam kereta je. Rumah kedua aku pulak yang masuk suami aku tunggu kat kereta pulak...Begitulah sampai habis ...Camtulah selang seli.

He he he.. boleh diterima tak?

2 ulasan:

  1. Kalau Cikgu sktj yang mantu,siapa yang kena masuk?Nak jimat suruh Fahmi je ye masuk,ibu ayah tunggu kat kereta,jimat 200% he he he

    BalasPadam
  2. kalau cikgu sktj yang mantu...kene datang semua ahli keluarga, makan sampai kenyang..kat rumah tak yah masak..

    BalasPadam