Jumaat, 20 November 2009

3 HARI DI KELAS PRA

Seperti biasa aku datang ke sekolah hari ini.
Aku menyusun atur fail-fail, segala manikam dokumen-dokumen, borang-borang kamasukan murid ke tahun satu, borang-borang SSM yang aku tinggalkan pada hari Jumaat yang lepas. Maklumlah di hujung persekolahan banyak la tugas-tugas yang perlu diselesaikan.

Di hujung-hujung persekolahan ini lah pulak ramai guru terpaksa meninggalkan sekolah untuk menghadiri pelbagai kursus...

Tiba-tiba nama ku dipanggil oleh seseorang yang biasa ku dengari...Oh.. Tuan GPK 1 Cikgu Mustafa Kamal yang sentiasa sibuk terpaksa menjalankankan tugas Guru Besar kami En Musa bin Ismail yang sedang sakit. Semoga cepat sembuh.

"Puan M, saya minta tolong handle kan kelas PRA ye, sebab Cikgu Nora dan pembantunya berkursus selama 3 hari"." Ok", jawabku ringkas.

Hari ini hari yang terakhir aku kat kelas ini. Esok Cikgu Nora dan Kak Liza dah nak balik dari kursus. Maaf ye Nora aku guna bilik PRA mu, kalau ada yang terpakai terguna mintak halal ye. begitu juga pada Kak Liza, jangan risau anak-anak PRA semua kenyang dalam jagaanku he..he..he. Pandai demand tak nak makan biskut kering bertabur gula tu.. aku beri diaorang makan cengkodok pisang dengan air Horlick..Hmmmm.

Sesekali aku jengah juga meja ku di Stafroom..Nak tengok manalah tahu ada memo ke surat kursus ke..he tak rela nak pergi....

Cikgu Simah baru balik dari kursus SSM di Cameron Highland. Dia seorang yang sangat bermurah hati. Setiap kali berkursus, dia tidak lupa membawa pulang buah tangan kepada kami. kali ni dia bawakan kami Strawbery celup cokelat (cokelatnya Cikgu Simah buat sendiri...kreatif) Hmm...sedap juga. terima kasih daun keladi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan