Isnin, 26 Oktober 2009

RM9+++ TUNAI!!!!

Hari ni meeting Hari Sukan Dwi Tahunan sekolah aku yang nak diadakan pada 7.11.2009..
Meeting dengan GPK Ko Kurikulum sekolah aku yang akan mengerjakan RUKUN ISLAM YANG KELIMA pada 29.10.2009 ini.

Semua amanat-amanat dan wasiat pun diserahkan kepada kami. Masing-masing menerima dengan taatnya. Dan tibalah giliran aku.

NAH!!!!

Cikgu M, ini tugas yang paling penting yang saya nak serahkan pada cikgu. Saya serahkan duit belanja sebanyak RM9+++ tunai!!!! Bab perkataan TUNAI tu teringat masa aku dinikahkan dulu he he he.

Aku dah agak dah…. Aku tak terkejut sangat sebab dari tahun 2002 lagi aku memang, bab duit-duit, bab belanja-belanja apa-apa program kat sekolah aku, aku lah orangnya. Beres cikgu saya akan uruskan.

Aku Bendahari Kehormat (ulang baca KEHORMAT he he he riak2)PIBG sejak 2002. Dah berapa tahun tu ye?? Emm..dah 8 tahun rupenye.Tahun depan nak pencen lah..

Maka ramailah kengkawan dok jelling-jeling, senyum-senyum kat aku. Ha…nak ngendeng-ngendeng aku la tu.. nak mintak belanja….

Oh, no no no….aku ni ni bab duit memang kedekut. Ramai gak cikgu yang sikit bengang kat aku..Ye la tak kan aku nak bagi dia orang tu beli yang entah apa-apa yang tak de dalam kertas cadangan tu….. Karang kalau duit tak cukup sapa nak tanggung beb….

Otak aku hampir sama ngan mantan Guru Besar aku(baru je pencen). Jadi adalah kengkawan dok ngutuk aku balaci Guru Besar la..kesayangan Guru Besar la…itulah..inilah…Alah aku tak kisah tu semua.

Kalau ikut aku aku nak belanja seminima yang mungkin..sebab aku ni tak suka membazir. Ha…Sukan Dwi Tahuhan tahun ni pun aku nak jimat-jimat sebab aku ada strategi baik untuk kengkawan. Tapi aku kena pastikan semuanya berjalan dengan lancar dan meriah.

Lepas SUKAN….

Aku tau kengkawan mesti penat rewang (gejubus) bersukan…aku cadang nak belanja korang makan jenang som som(bubur som-som) , sego ambeng (nasi ambeng) dengan air degan(air kelapa muda). Nak tak?

Bubur som-som kita tempah dengan Mak cik Maisen mak kepada Cikgu Dewi Puspita. Emm ..sedap giler. Nasi Ambeng kita tempah dengan Wak Ramli (wak Jaga) emm…sedap sampai menjilat jari dan air degan kita order je dengan Kak Ida (pengusaha Kantin).

Itupun kalau ada baki duit tu……kalau tak ada baki kita minum sirap jelah ye!!!!!

Untuk Cikgu Ali (GPK Ko Kurikulum) SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI SEMOGA PEROLEHI HAJI YANG MABRUR…

1 ulasan:

  1. hehhee....bila nak buat makan2 tu kak..jgn buat masa saya gi kursus dah la...

    BalasPadam