Isnin, 5 Oktober 2009

PUISI HATI MAWAR

………MAWAR……

Sekuntum MAWAR di tengah bunga-bungaan harum nan indah

Kesian MAWAR….

Hidupmu kekadang di tepi jalan penyeri longkang

Kekadang di laman juga ditanam di tepi longkang

Aduh ….

Melukut di tepi gantang…….

Bahagia MAWAR……

Cuma ada ketikanya dirimu megah disebuah taman indah

Bagai di taman syurgawi….

Jika dirimu tiada sering di cari..

Sebagai pengubat, penasihat, sahabat, penyelamat

Yang akhirnya mereka jadi pengkhianat..

Kini MAWAR itu mencari kehidupan sendiri..

Tanpa hadirnya bunga-bungaan itu..

Di sisinya hanyalah sebuah memori suka dan duka

Bersama bunga-bunga cinta…

Bunga-bunga cinta yang dicipta…

Membuang segala lara…

Malang MAWAR tidak sempurna..

Memohon ampun dan doa restu pada yang Esa..

Semoga Allah memberkati sekuntum MAWAR desa…

Kini MAWAR hidup bahagia …

Berbekal semangat dan pengalaman yang ada..

Bersama keluarganya tercinta..

Harapan MAWAR hidup sejahtera

Tiada lagi mendung dihatinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan