Rabu, 21 Oktober 2009

Bingkisan Dari Kak Long...

Ibu, kini anak mu telah dewasa. Sedarkah ibu anak-anakmu ini merindui sesuatu dari ucapan mu.Setiap kali kau berbicara, seolah-olah hatimu penuh dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti...dendam, marah, benci atau apa-apa ntah..Pada ayah pun kau begitu juga. Kata-katamu ibarat perintah dan hukuman. Bangsat,sial serta ntah apa-apa itu selalu meniti di bibirmu.. dan baru-baru ini ibu tidak mengakui anak bongsu mu bukan anak mu. Apalah sangat kesalahannya sehingga dirimu tergamak mengucapkannya begitu...mengalir airmata ini bila mendengar berita...sabarlah wahai adik-adikku

Bersabarlah wahai menantu-menantu ibu..jadikanlah ini sebagai pengalaman dan pedoman hidup dalam keluarga kita.

Bersyukurlah ibu.....
Sebangsat-bangsat anak-anakmu ini tidak ada yang bergelar penjenayah, penghisap dadah, pelacur, rempit dan apa-apa ntah....

Sedarlah ibu, anak-anakmu ini sedang mencari kehidupan yang lebih sempurna untuk anak-anak kami juga cucu ibu..Kami tahu kekadang kami tidak mengikut kehendak dan cara mu . Bukan kami tidak mahu tapi memang selalu tidak boleh dijadikan pedoman dan panduan, kerana semuanya yang ibu katakan itu,tidak masuk dek akal yang waras.

Alhamdulillah ibu, anak-anakmu semua menjadi pendidik...mendidik anak bangsa yang tahu asal usulnya. yang tahu adab kesopanan Melayu.Menjadikan Al Quran panduan hidupnya..

Bagi ibu, ibu sajalah yang paling susah di dunia ini..sebab itulah perasaan irihati ibu terhadap orang lain semakin menjadi-jadi.Bukan saja dengan orang lain, dengan anakmu sendiri pun ibu irihati...

Cuba ibu renung-renungkan, betapa ibu adalah orang yang paling bertuah di kalangan saudara mara kita juga di kalangan anak-anak ibu sendiri. Ibu tak perlu bersusah payah untuk membena sebuah rumah, tidak perlu menyediakan wang beratus-ratus ribu untuk memiliki sebidang tanah, ibu tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk anak-anak ibu belajar, ibu tak perlu bersusah payah menyediakan keperluan asas rumah, kenderaan dan sebagainya, kerana anakmu inilah yang telah menyediakan untuk kemudahan ibu....Rumah agam itu telah disepakati oleh ipar duai mu bahawa itu adalah milik ibu...Apa lagi yang ibu mau..Bersyukurlah ibu....

Cuba ibu lihat anak-anak ibu, adik-adik ibu, ipar duai ibu semuanya mencari keperluan hidup dengan berusaha sendiri..ada yang terpaksa meneroka hutan, ada yang terpaksa hidup di perantauan mencari rezeki membina keluarga bahagia.

Ketahuilah ibu anak-anakmu ini rindu dengan ucapan yang indah-indah dari bibirmu, kata perangsang bukan kata-kata nista,kata-kata kasih sayang bukan kata-kata hina, kata-kata doa yang indah-indah bukan doa yang durjana...

Ibu, tiap malam kami merintih...tiap malam kami bertahajjud....berdoa agar dirimu menjadi seorang berjiwa lemah lembut..menjadi ibu yang disanjung..



Ameen.....

Kak Long..

2 ulasan:

  1. Agghhh...tiba-tiba aku terkesima...
    Memang beginikah dia......?



    Apa-apapun, jangan berhenti berdoa untuk dia....
    Semoga Yang Latif melembutkan kekerasan jiwanya..
    Semoga Rahmah Allah melimpahi hatinya....
    Amin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih cklah,

    kami tak kan berhenti berdoa untuk dia.

    Semoga kami diberi tahap kesabaran yang paling tinggi oleh Allah untuk menghadapi situasi begini....

    Semoga disuatu ketika nanti kami perolehi kemanisannya...

    BalasPadam